Tuesday 27 August 2013

Waythamoorthy wira India?


Akhbar berbahasa Inggeris, New Straits Times melaporkan, “Deputy minister seeks zahid’s help” (nst 27 August 2013).
Menurut laporan di akhbar tersebut, Timbalan Menteri di Pejabat Perdana Menteri, P Waythamoorthy sebagai berkata, “The issue of Indian youths’ involvement in crime is symptomatic of this socio-economic malaise affecting the community. My task is to help the Indian community to resolve these issues in a permanent and comprehensive manner”.
Tetapi apa yang dikatakan oleh Waythamoorthy tidak serupa bikin. Kalau beliau jujur dan sirius dengan apa yang dikatakan maka beliau seharusnya tidak memcampuri urusan polis. Beliau tidak harus mempertahankan penjenayah. Apa yang telah dilakukan oleh Warthamoorth tidak akan mengurangkan jumlah penjenayah dari kaum india. Bahkan ianya akan menambah bilangan penjenayah kaum tersebut kerana beliau menggalakkan mereka menjadi begitu dengan mempersoalkan tindakan polis menembak penjenayah.
P Waythamoorth seharusnya berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri dan beberapa agency kerajaan dan NGO india untuk mencari huraian dan merangka plan induk untuk membantu golongan sasaran mencapai ke mutalamat yang di hajatkan.
Semenjak dilantik sebagai Timbalan Menteri, kelihatan P Waythamoorth ingin menonjolkan diri bahwa beliau adalah “Wira India” berbanding dengan pemimpin India yang lain seperti dari MIC, PPP dan sebagainya. Tetapi beliau tersilap langkah.
Apa yang harus di lakukan sekarang, P Waythamoorthy adalah untuk meletakkan jawatan dimana saya merasakan kaum india sendiri tidak mahu pemimpin seperti beliau. Hanya india dari golongan yang di tembak mati oleh polis sahaja menggangap beliau sebagai “Wira India”.

No comments:

Post a Comment