Monday 26 August 2013

PAS seperti NATO


Pembangkang di Malaysia hanya untuk membangkang segala usaha parti yang memerintah dan mahu menjatuhkan pemerintah BN. Mereka sentiasa melihat apa sahaja yang di lakukan oleh parti memerintah tidak relevan dan tidak dapat di terima. Mereka berpendapat bahawa hanya pemimpin parti mereka yang cerdik dan pandai serta hanya parti mereka yang layak memerintah Malaysia terutama sekali di peringkat negeri. Nafsu mengatasi pemikiran.

Maka itu tidak hairan jika Ketua Pembangkang Dun Kedah, Dato’ Ir Amiruddin Hamzah memperlekeh usaha Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir sebagai Ketua Menteri. Beliau menyatakan bahawa tiada perubahan setelah 100 hari Mukhriz memerintah Kedah. Tapi beliau gagal untuk membandingkan negeri yang di kuasai BN dan pembangkang terutama kemajuan yang di capai oleh negeri yang di kuasai pembangkang terutama sekali di Kedah. Jika PAS memerintah PAS dengan baik dan sempurna maka dalam PRU 13 yang lalu PAS tidak akan tewas di tangan BN. Ini realiti yang harus di terima.

Apa yang dapat di lakukan oleh Datuk Mukhriz selama 100 hari? Mungkin hanya “membersihkan” dan “memperbaikki” keadaan Kedah setelah negeri itu di “cemari” oleh PAS.

Jika di fikirkan dengan waras, apa yang dapat di lakukan dalam 100 hari dan apa yang telah PAS lakukan setelah memenangi Kedah dalam PRU 12? PAS hanya seperti NATO. – No Actions Talk Only.

 

No comments:

Post a Comment