Friday 23 August 2013

Waythamoorth Letak Jawatan


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah memberikan amaran keras kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waythamoorth supaya berhenti daripada memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan sekiranya mahu mencampuri perkara di luar bidang kuasanya. Beliau telah mencampuri urusan polis.
Ini bukan pertama kali P Waythamoorty berbuat sedemikian. Pada 31 May 2013 di blog ini saya telah mengeluarkan kenyataan berhubung kenyataan beliau kepada media yang juga mencampuri urusan polis. Saya telah mempersoalkan bahwa sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waythamoorth pada bila-bila masa boleh berbincang dengan Perdana Menteri untuk membincangkan apa sahaja perkara. Mengapa pula harus mengeluarkan kenyataan media diatas nama Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) dan mempersoalkan urusan polis.
Pihak polis juga mempunyai hak untuk menguruskan hal hal yang bersangutan dengan tugas mereka. Bukan kaum hindu sahaja yang mempunyai hak.
Jika P Waythamoorth tidak senang hati dengan kerajaan terutama dengan Kementerian Dalam Negeri terutama pasukan polis ( dalam tugasan), maka berhenti sahaja daripada memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri sepertimana yang di cadangan oleh Ahmad Zahid Hamidi.

No comments:

Post a Comment