Tuesday 13 August 2013

Menyangkal kenyataan bekas Menteri Penerangan


Saya tidak bersetuju dengan pendapat bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang menyatakan, “Malaysia harus berterima kasih kepada Lee Kuan Yew yang berjaya ‘membunuh’ golongan komunis dan cauvinis Cina di Singapura yang mungkin mampu mengganggu-gugat negara ini”
Sebenarnya Singapura terutama sekali Lee Kuan Yew harus berterima kasih kepada Malaysia yang telah membantu Singapura menghapuskan komunis di Singapura. Apa yang di lakukan oleh Lee Kuan Yew sepertimana yang di nyatakan oleh Tan Sri Zainuddin adalah selepas komunis dapat di tangani oleh Malaysia dan kemudia membantu Singapura.
Bilamana PAP memerintah Singapura, negara tersebut menghadapi ancaman komunis yang sirius. Singapura tidak mempunyai pasukan polis dan tentera yang  cekap dan terlatih. PAP mengambil keputusan untuk bergabung dengan Malaya dengan mempunyai agenda tersembunyi mempergunakan polis dan tentera Malaysia untuk menentang komunis di Singapura. Lee Kuan Yew menyedari bahwa dengan pengalaman polis di raja dan angkatan bersenjata Malaysia dapat membantu menentang/menghalau komunis di Singapura. Tanpa bantuan polis di raja dan angkatan bersenjata Malaysia tidak mungkin Singapura yang di perintah oleh PAP dapat menentang komunis ketika itu.
Setelah itu LKY mengambil tindakan  menghapuskan saki baki penyokong komunis dan cauvinis Cina di Singapura ( seperti yang dinyatakan oleh Tan Sri Zainuddin) dan bukan sebaliknya. Pemimpin PAP tidak mempunyai sikap berterima kasih.

No comments:

Post a Comment