Thursday 22 August 2013

Kenyataan PAS di tolak


Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusof membuat kenyataan bahwa Muslimat PAS malu dengan sikap Najib yang menurut beliau masih tidak melakukan sebarang tindakan sepatutnya berhubung pergolakan di Mesir sekarang.
Walaupun yang terlibat dalam pergolakan di Mesir merupakan saudara seagama dengan kita, tetapi kita mesti memahami bahwa pergolakan itu berlaku di luar negara Malaysia dan Mesir bukan sebahagian dari Malaysia. Justeru apa yang berlaku di sana merupakan soal dalaman Mesir. Keadaan yang serupa kita di Malaysia. Sudah tentunya kita tidak akan merasa selesa atau senang hati dan tidak bersetuju jika ada pihak luar mencampuri urusan dalaman negara. Umum mengetahui bahwa pembangkang mirip meminta bantuan/pertolongan negara luar dalam mencapai cita cita politik mereka di Malaysia seperti apa yang di suarakan oleh Ketua Muslimat PAS.
Pihak yang sesuai dan tepat untuk menangani pergolakan di Mesir adalah Pertubuhan Kerjasama islam (OIC). Berhubung dengan itu, maka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah menghantar surat kepada semua anggota OIC dan mengesak mereka mengadakan persidangan khas bagi mencari penyelesaian secara aman krisis di Mesir.
Merujuk kepada kenyataan Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, ingin di jelaskan bahwa pergolakan di Mesir berpunca daripada politik. Sebuah pemerintah yang di pilih melalui kotak undi secara demokrasi di turunkan secara paksa. Sama seperti keadaannya di Malaysia (selepas PRU 13) setelah pembangkang gagal menubuhkan kerajaan mereka (pembangkang) mengadakan demontrasi jalanan dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan yang di pilih secara demokrasi ( seperti di Mesir )melalui kotak undi. Modus operandinya serupa.  Mujur rakyat Malaysia berpikiran waras dari itu segala yang berlaku di Mesir tidak berlaku di Malaysia.

No comments:

Post a Comment