Sedikit masa yang lalu, masalah jenayah di negara kelihatan
meruncing dengan kes jenayah yang berat. Media negara jiran mengambil
kesempatan tersebut dengan membuat laporan negatif terhadap negara. Ini bukan
kali pertama media di negara tersebut membuat laporan negatif mengenai Malaysia.
Beberapa tahun yang lalu, media di negara yang berkenaan telah melaporkan
keadaan jenayah di Johor dan melaporkan “tidak selamat melawat Johor”.
Malangnya, rakyat negara tersebut semakin ramai yang melawat Johor pada hujung
minggu dan pada hari cuti awam. Dengan itu agenda media tertentu di negara berkenaan
bagi mengagalkan kempen Tahun Melawat Malaysia pada tahun tersebut tidak berjaya.
Bagi mengatasi masalah jenayah berat, pihak PDRM telah
melancarkan Ops Cantas Khas. Menurut penjelasan Ketua Polis Negara, Tan Sri
Khalid Abu Bakar selepas 4 hari dilancarkan dengan indeks jenayah kekerasan
menunjukkan penurunan. Tahniah kepada PDRM.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan menyatakan
bahwa PAS Pusat akan menubuhkan satu jawatankuasa bertindak bagi membantu
kerajaan membasmi masalah jenayah. Beliau selanjutnya menyatakan bahwa
jawatankuasa tersebut akan bekerjasama dengan NGO lain dalam usaha memantapkan
perbincangan dan pandangan sebelum mengadakan pertemuan dengan pihak
Kementerian Dalam Negeri (KDN). Jika perkara ini tidak dipolitikkan maka sangatlah
baik demi untuk keamanan dan keselamatan orang awam dan negara.
Usah berpolitik setiap masa dan hari. Berpolitik ketika musim
pilihan raya. Selepas pilihan raya bekerjasama dengan pemerintah untuk
membangunkan negara, bertambah majukan negara dan bersama sama menjaga keamanan
dan keselamatan negara. Diharapkan cadangan Ketua Pemuda PAS membuka jalan ke
arah itu.
No comments:
Post a Comment