Thursday 22 August 2013

Membasmi jenayah bersama


Sedikit masa yang lalu, masalah jenayah di negara kelihatan meruncing dengan kes jenayah yang berat. Media negara jiran mengambil kesempatan tersebut dengan membuat laporan negatif terhadap negara. Ini bukan kali pertama media di negara tersebut membuat laporan negatif mengenai Malaysia. Beberapa tahun yang lalu, media di negara yang berkenaan telah melaporkan keadaan jenayah di Johor dan melaporkan “tidak selamat melawat Johor”. Malangnya, rakyat negara tersebut semakin ramai yang melawat Johor pada hujung minggu dan pada hari cuti awam. Dengan itu agenda media tertentu di negara berkenaan bagi mengagalkan kempen Tahun Melawat Malaysia pada tahun tersebut tidak berjaya.
Bagi mengatasi masalah jenayah berat, pihak PDRM telah melancarkan Ops Cantas Khas. Menurut penjelasan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar selepas 4 hari dilancarkan dengan indeks jenayah kekerasan menunjukkan penurunan. Tahniah kepada PDRM.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan menyatakan bahwa PAS Pusat akan menubuhkan satu jawatankuasa bertindak bagi membantu kerajaan membasmi masalah jenayah. Beliau selanjutnya menyatakan bahwa jawatankuasa tersebut akan bekerjasama dengan NGO lain dalam usaha memantapkan perbincangan dan pandangan sebelum mengadakan pertemuan dengan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN). Jika perkara ini tidak dipolitikkan maka sangatlah baik demi untuk keamanan dan keselamatan orang awam dan negara.
Usah berpolitik setiap masa dan hari. Berpolitik ketika musim pilihan raya. Selepas pilihan raya bekerjasama dengan pemerintah untuk membangunkan negara, bertambah majukan negara dan bersama sama menjaga keamanan dan keselamatan negara. Diharapkan cadangan Ketua Pemuda PAS membuka jalan ke arah itu.

 

 

No comments:

Post a Comment