Tuesday 13 August 2013

Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih


Lee Kuan Yew, mantan Perdana Menteri Singapura telah menerbitkan buku baru, “ One Man’s View of the World”. Dalam buku tersebut beliau telah menimbulkan, dasar dasar pemerintah yang tidak menguntungkan negara ini. Beliau seterusnya menyatakan bahwa “Malaysia tidak mengguna  pakai bakat semua kaum”.
Dengan mengeluarkan komen sedemikian, pada mereka yang tidak mengetahui keadaan sebenarnya di Singapura akan berpendapat bahwa parti yang diasaskan oleh Lee Kuan Yew iaini PAP “telah mengguna pakai bakat  semua kaum” di republik tersebut.
Apakah PAP telah memberikan peluang yang sama kepada masyarakat Melayu di Singapura? PAP mengamalkan sistem pecah dan perintah masyarakat Melayu. Di setiap kawasan perumahan awam, penduduk bangsa Melayu dihadkan. PAP menentapkan quota penduduk bagi setiap kawasan perumahan sedangkan penduduk berbangsa cina mengatasi kaum Melayu dan India. Orang Melayu amat sukar memasuki angkatan bersenjata Singapura dan kesetiaan bangsa Melayu sering di curigai sedangkan Singapura adalah hak milik bangsa Melayu sepertimana yang di akui oleh Perlembagaan Singapura Akta 152. Mengapa tidak ada anak bangsa Melayu yang menjadi Pilot Jet Fighter bagi  Angkatan Bersenjata Singapura (SAF)? Apakah anak Melayu tidak layak? Atau pemerintah PAP hanya memerlukan bakat orang Cina sahaja sebagai pilot jet fighter? Apakah orang Melayu Singapura tidak mempunyai bakat dalam segala bidang?
Mengapakah tidak ada bangsa Melayu yang memegang jawatan sebagai Permanent Secretary? Apakah orang Melayu tidak berkelayakan bagi jawatan tersebut atau pemerintah Singapura hanya memerlukan bakat kecinaan dalam mengisi jawatan tersebut? Apakah orang Cina di Singapura pandai sangat ke berbanding dengan orang Melayu Singapura?
Ramai lagi masyarakat Melayu yang seimbang kebolehan mereka dengan orang Cina di Singapura, tetapi PAP hanya menitik beratkan bakat satu kaum sahaja iaini kaum Cina.
Mungkin ramai orang Melayu di Singapura yang bersetuju segala yang dilakukan oleh PAP walaupun terdapat ketidak adilan penggunaan bakat dari kalangan masyarakat Melayu. Amat malang bagi golongan ini kerana minda mereka masih di jajah oleh PAP.

No comments:

Post a Comment