Friday 23 August 2013

Pah Lah harus menjawab Tun Mahathir


Buku “The Awakening” didakwa oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai sebuah buku yang bukan di tulis oleh beliau. Dengan erti lain, Tun Abdullah ingin menyatakan buku itu di tulis oleh penemu duga beliau.
Saya tidak mahu mengulas keseluruhan mengenainya kerana YA Berbahagia Tun Dr Mahathir telah menjawab dakwaan dalam buku tersebut.
Tetapi apa yang hendak di timbulkan disini adalah, jika Tun Dr Mahathir tidak membina Lebuh Raya Utara Selatan, Jambatan Pulau Pinang, West Port, KLIA, Putrajaya, Cyberjaya dan beberapa projek lain bagaimana agaknya kelihatan Malaysia? Apakah sama keadaannya seperti Kepala Batas atau Rembau agaknya?
Satu lagi perkara yang ditimbulkan oleh Tun Dr Mahathir adalah pesawat A320 yang di gunakan oleh Perdana Menteri sehingga hari ini. Siapakah yang benar-benar memiliki pesawat tersebut? Berapakah jumlah wang yang berjaya diselamatkan oleh kerajaan dalam perjanjian tersebut? Persoalan ini yang harus di jawab Pak Lah.

No comments:

Post a Comment