Monday 2 September 2013

ANWAR TERDESAK JANGAN LAYAN


Harakah melaporkan, “Anwar mahu dialog dengan kerajaan” ( Keluaran 2-5 September 2013)
Setelah gagal memenangi PRU 13, Anwar melancarkan serangan terhadap Barisan Nasional dengan menyatakan berlaku penipuan, kempen memburukan BN di luar negara  dan mengadakan beberapa siris himpunan jalanan dalam usaha menjatuhkan BN yang di pilih secara demokrasi. Tetapi segala usaha Anwar menemui kegagalan. Anwar hanya dapat mempengaruhi para penyokong pakatan pembangkang tetapi tidak keseluruhan para pengundi di Malaysia. Anwar bermimpi di siang hari dengan mengharapkan segala yang berlaku di timur tengah seperti “Arab  Spring” akan berlaku di Malaysia. Tetapi rakyat Malaysia terutama sekali di luar pembangkang mempunyai akal pemikiran yang waras dan misi yang di perjuangankan oleh Anwar menemui kegagalan.
Menyedari hakikat bahawa pembohongannya tidak menjadi, Anwar yang berada didalam keadaan terdesak cuba pula kononnya ingin “berbaik” dengan pemimpin kerajaan Barisan Nasional. Anwar really a thick skin guy.
Pucuk kepimpinan BN menyedari “tipu muslihat” Anwar dan sudah tentu tidak akan melayan permintaan Anwar. Jika Anwar jujur dengan perjuangan politiknya untuk membela, bangsa, agama dan tanah air, setelah tewas dalam PRU 13, beliau seharusnya mengajak pemerintah kemeja rundingan bagi menguatkan perpapduan ummah.

No comments:

Post a Comment