Wednesday 11 September 2013

PAS PENGECUT?


Semalam, Selasa 10 September 2013, kira kira 500 wakil daripada perbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah membanjiri pekarangan Istana Kehakiman Putrajaya tanda sokongan mempertahankan kalimah Allah.
Pada 2009, Mahkamah Tinggi telah membenarkan majalah mingguan Herald menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya berbahasa Melayu. Herald adalah majalah mingguan Katholik.
Pada 7 Januari 2009 Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan arahan melarang majalah tersebut daripada menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya bagi mengelakkan kekeliruan agama yang boleh mengancam ketenteraman awam serta menimbulkan sensitiviti keagamaan.
Pada perbicaraan selama lebih 5 jam itu, panel tiga hakim yang di ketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Zawawi Salleh telah mendengar penghujahan kedua pihak dan menangguhkan keputusan sehingga bulan depan.
Di pekarangan Mahkamah Rayuan kelihatan ahli dari Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Pertubuhan Kebajikan Darul Islah (Perkid) dan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela).
Turut hadir memberikan sokongan ialah Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, Timbalan Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin, Syed Hassan Syed Ali,  Setiausaha Agong Perkasa, Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati) Datuk Dr Hasan Ali  dan Dr Yusri Mohamad, Pengerusi Pembela
Amat mendukacitakan dimana terdapat sebuah parti politik yang kononnya berasaskan Islam, tidak menghantar wakil parti tersebut ke Mahkamah. Para pemimpin PAS menyatakan dengan suara lantang bahwa PAS memperjuangkan Islam. Tetapi bilamana terdapat ada golongan bukan Islam yang mempersendakan/memperlekeh agama Islam dan Allah, para pemimpin PAS duduk di rumah dan bersembunyi didalam kain isteri. Yang tidak mempunyai isteri kelihatan telah hilang kejantanan mereka dalam mempertahankan kalimah Allah tetapi akan melakukan apa sahaja untuk kepentingan para pemimpin mereka. Persoalannya, mengapa ahli PAS begitu bodoh? Dan para pemimpinnya pula kenapa minat memperbodohan ahli mereka?

 

 

No comments:

Post a Comment