Thursday 19 September 2013

Pemimpin PAS harus menilai diri sendiri


Harakah keluaran 20-22 September melaporkan Pesuruhjaya PAS Perak menyatakan bahawa kerajaan Umno-BN disifatkan cuba menakut-nakutkan rakyat dengan tindakan mahkamah baru-baru ini dimana memutuskan hukuman penjara dan denda RM500 ke atas 13 aktivis yang berhimpun di hadapan Istana Perak pada tahun 2009.
Pesuruhjaya tersebut juga menyatakan bahawa hukuman tersebut akan menjadi rujukan oleh kerajaan untuk membayangkan kepada rakyat bahawa mereka akan diambil tindakan berat jika cuba untuk bersuara terhadap kebobrokan kerajaan.
Kenyatan seumpama itu bilamana datang-nya dari seorang ahli politik terutama sekali yang bergelar Pesuruhjaya parti, jelas minda beliau cetek dalam pentadbiran negara.
Jika di lihat di Malaysia, Mahkamah bebas dalam membuat segala keputusan yang di rujuk atau di kendalikan oleh mereka. Kerajaan tidak menguasai mahkamah. Ini jelas terdapat beberapa kes dimana mahkamah ‘memihak” kepada parti pembangkang. Jika pemimpin politik BN “menguasai mahkamah” maka parti pembangkang tidak akan memenangani apa-pun kes yang di kendalikan oleh mahkamah. Mahkamah di Malaysia adalah Mahkamah Rakyat dan bukan Mahkamah UMNO-BN.
Perjuangan PAS kononnya berlandaskan Islam. Jika benar perkara itu, maka para pemimpin PAS harus tulus dalam perjuangannya dan jangan membuat atau melimparkan tuduhan setimpal dengan kehendak Islam. Saya bukan ahli UMNO atau BN tetapi apa yang saya lihat BN tidak cuba menakutkan rakyat tetapi sejauh ini PAS yang menakutkan umat Islam dengan dasar perjuangan parti itu kononnya berlandaskan keIslaman tetapi hakikatnya tidak dan berpandangan sempit. Pemimpin PAS mengerakkan parti  itu untuk kepentingan politik dan bukan Islam.
Islam berkendakkan umatnya bersikap jujur dan tulus serta menyatakan perkara yang benar bahkan memperjuangankan kebenaran. Saya mencabar para pemimpin PAS Syiah, agar tampil kehadapan dan membuat pengakuan mereka pengikut Syiah. Perbuatan ini tersangat mudah dilakukan jika pemimpin itu jujur seperti yang di kehendaki oleh Islam. Ini bukan berlandaskan kepada perjuangan politik tetapi berdasarkan kepada pemimpin yang jujur dan tulus serta pemimpin yang tidak pembohong. Jangan menuduh orang lain pembohong sedangkan diri sendiri terdiri dari golongan pembohong atau golongan Abu Lahad.
Berhubung dengan kenyataan pesuruhjaya PAS Perak yang menyatakan kerajaan cuba menyekat kebebasan bersuara dan sekali lagi saya menyatakan bahawa beliau ( iaini pesuruhjaya PAS tersebut) mempunyai minda yang cetek dan hanya melihat keadaan di luar melalui jendela rumah beliau sahaja.
Jika di bandingkan dengan negara jiran dalam ASEAN negara Malaysia adalah negara yang mengamalkan sistem demokrasi dan kebebasan bersuara. Saya menasihati para pemimpin PAS pergi lah melawat negara negara jiran dan ambil tahu sedikit keadaan di luar agar dapat membuat pembandingan dengan Malaysia. Kalau terperuk sahaja dalam negara, mana hendak mengetahui keadaan di luar negara. Disamping itu dapat menilai diri sendiri dengan ahli politik negara jiran misalnya.

No comments:

Post a Comment