Thursday 4 December 2014

Singapura milik Melayu


Pada malam menjelang perpisahan Singapura daripada Malaysia telah menimbulkan keraguan tentang keseluruhan pendapat bahawa orang Melayu merupakan penduduk asal Malaysia atau Malaya sebelum itu. Lee Kuan Yew berpendapat bahawa orang bukan Melayu mempunyai hak yang sama seperti orang Melayu. Jadi, apakah komen Tun Dr Mahathir Mohamad?

Tun M : Jelasnya ini merupakan sesuatu yang lazimnya diakui sebagai amalam biasa di negara-negara lain juga. Banyak orang menjelajah keluar dan tinggal di negara-negara lain dan mereka perlu mengakui masyarakat yang memang telah tinggal di situ. Berapa lamakah masyarakat itu telah berada di situ? Itu merupakan soalan yang tidak boleh anda tanya. Ini kerana, kita boleh berkata bahawa Singapura sebenarnya merupakan milik Malaya kerana kita memiliki Singapura sebelum itu. Kita menjualnya kepada British dengan harga enam puluh ribu ringgit sahaja. Saya fikir kita sepatutnya mengambil balik Singapura kerana pada asalnya ia adalah tanah milik kita. Akan tetapi, mereka perlu akur bahawa, sejauh mana kita mahu mengakui kewujudan kita di sini. Dan ternyata bahawa orang Melayu telah berada di sini sebelum adanya orang Cina dan juga orang India. Jika tidak mengapa kita memanggilnya Tanah Melayu. Malah Singapore sebelumnya dipanggil Singapura. Ia merupakan sebuah nama Melayu. Justeru itu, Singapura dan Malaysia merupakan Tanah Melayu. Kita bersifat amat pemurah dan tidak pun sampai mengetengahkan suatu tuntutan. Apakah yang akan terjadi sekiranya kita menjadi seperti orang Israel yang mendakwa bahawa Palestin adalah milik mereka kerana dua ribu tahun dahulu, atau tiga ribu tahun dahulu mereka tinggal di situ? Tetapi di sini orang Melayu memang berada dan tinggal di sini sepanjang masa. Apabila sesiapa mengenal diri dengan nama Negara asal mereka, maka ini adalah pengakuan mereka datang dari Negara berkenaan.

No comments:

Post a Comment