Tuesday 2 December 2014

Jejak Seorang Pemimpin-Sejarah Lisan Tun Dr Mahathir Mohamad


Sekiranya anda memberikan kebebasan kepada orang bukan Melayu, mereka akan pergi jauh ke hadapan. Hal ini mungkin menjadikan keadaan lebih teruk, kita akan mendapati ketidakseimbangan antara orang Melayu dan Cina menjadi bertambah besar. Ketegangan akan berlaku; ketidakstabilan akan berlaku dalam negara ini  sekiranya anda langsung tidak mempunyai DEB. Namun, orang bukan Melayu mesti menerimanya untuk memperoleh kestabilan dalam negara ini. Justeru itu, mereka perlu membuat sedikit pengorbanan. Akan tetapi, sekiranya anda melihat orang bukan Melayu di Malaysia pada hari ini, anda lihat orang Cina; anda dapati mereka jauh lebih maju daripada orang Melayu, Bandar-bandar seperti Seri Kembangan, seperti beberapa buah Bandar baru yang telah naik membangun, keseluruhannya merupakan kawasan Cina dan taman perumahan Cina. Malah taman perumahan yang paling mewah merupakan tempat dimana orang Cina tinggal. Akan tetapi orang Melayu tidak tinggal di situ. Dalam suasana ini, orang bukan Melayu tidak rugi banyak. Sudah tentu, jika orang bukan Melayu diberikan segala-galanya, orang Melayu tidak akan memperolehi apa-apa. Ketidakstabilan kemudiannya akan tercetus dan orang bukan Melayu akan kerugian sekali lagi.

No comments:

Post a Comment