Tuesday 9 December 2014

Kepimpinan Melayu kini tidak percaya kepada kepakaran bangsa sendiri


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, “Sebenarnya ramai yang layak. Tetapi Umno tak bagi masuk. Umno tak bagi masuk dalam Umno pasal masing-masing jaga tempat dia, Kalau masuk orang yang lebih layak daripada dia, dia tak dapat tempat. Sebab itu (contohnya) kita cari dalam Umno di Selangor. Selangor ini penuh dengan orang Melayu yang bijak-bijak belaka, yang pandai, yang berjaya tapi tak boleh masuk Umno. (Kena) cantas, tak boleh. Pasal dia nak jaga tempat dia, “Ha! (kalau orang itu) masuk saya tak jadi ketua bahagian lah, saya tak jadi calon lah, saya tak dapat jadi datuk lah” Jadi pasal masing-masing fikir tentang kepentingan diri. Sebab itu kita cari siapa nak ganti (pemimpin tertinggi), oh tak ada kononnya. Walhal di Kuala Lumpur ini, university ada, perniagaan ada. Orang Melayu di Kuala Lumpur, dari seluruh negara mai di Selangor ini, dia berkebolehan. Dia sampai ke sini pasal dia ada keupayaan”.

Itu keadaan Melayu dalam UMNO.

Kemudian dengan nada sinis Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kini bangsa dari “orang putih” boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia. Saya bersetuju bahawa dengan melantik bangsa dari orang putih (dari jerman) mengambil alih pengurusan syarikat penerbangan negara MAS, maka kita tidak lagi percaya kepada kepakaran rakyat tempatan. Ini samalah juga dengan sikap Lee Kuan Yew yang tidak ada kepercayaan kepada kepakaran orang Melayu.

Dengan itu, di Malaysia pucuk kepimpinan Melayu tidak percaya kepada kepakaran yang ada pada bangsa sendiri (Melayu). Kalau kita lihat Lee Kuan Yew, beliau percaya kepada bangsa sendiri (Cina) tetapi hanya melantik seseorang dari bangsa asing sebagai penasihat. Tetapi pengurusannya di kendalikan oleh bangsa sendiri (Cina).

Dengan perlantikkan bangsa dari kulit putih bagi mengambil pengurusan MAS, boleh di sifatkan sebagai “starting point” sikap pemimpin Melayu Malaysia yang sama seperti sikap Lee Kuan Yew terhadap orang Melayu iaini tidak ada kepercayaan dan keyakinan terhadap orang Melayu.

Tun Mahathir membuat teguran sedemikian kerana sayangkan umno, bangsa, agama dan negara. Tetapi malangnya sejak akhir akhir ini ada pihak yang mudah melenting dan menyerang peribadi Tun Mahathir.

Sejak Tun Mahathir membuat teguran (sayang), terdapat blogger pro kerajaan fikir mereka bertindak bijak dengan ‘menyerang’ Tun Mahathir. Blogger yang berkenaan harus berfikir dua kali sebelum meneruskan perbuatan “menyerang” Tun Mahathir. Jangan makan diri sendiri.

No comments:

Post a Comment