Tuesday 7 October 2014

Kesilapan Pak Lah lebih parah dan tidak dapat di maafkan


1. Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam blognya menyatakan bahawa perlaksanaan setiap undang-undang yang ada dinegara ini tidak akan berjaya sekiranya tidak dilakukan dengan ikhlas.

2. Tun Abdullah ( Pak Lah ) mungkin keliru bahawa perlaksanaan setiap undang undang jika mahu berjaya bukan sahaja ikhlas dalam implemantasinya tetapi harus di sertakan dengan ketegasan. Ini yang telah di lakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ketika memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.

3.Bilamana sesuatu undang undang di laksanakan tanpa ketegasan maka negara akan menjadi huru hara dan tidak tenteram. Lihat sahaja keadaan hari ini.

4. Apa yang ingin dinyatakan oleh Tun Abdullah dalam blognya bahawa beliau telah melaksanakan undang undang dengan ikhlas. Tetapi Tun Abdullah telah gagal memahami bahawa sesebuah pemerintahan tidak dapat bertahan lama jika hanya mentadbirkan undang undang negara dengan keikhlasan tanpa ketegasan. Tanpa ketegasan menonjolkan kelemahan.

5. Lihat apa yang telah terjadi kepada diri beliau sendiri. Kerajaan dibawah kepimpinan beliau menjadi lemah dan akhirnya dalam piliharan raya 2008, parti yang di pimpinnya kecundang untuk mendapatkan majoriti dua pertiga kerusi parlimen dan dua negeri jatuh di tangan pembangkang.  Apakah ini kah keikhlasan yang di maksudkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi?

6. Saya bersetuju setiap manusia atau pemimpin ada melakukan kesilapan.Tidak terkecuali Tun Dr Mahathir. Tetapi kesilapan yang di lakukan oleh Tun Abdullah semasa menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO/BN telah menjejas imej parti dimana telah memudaratkan bangsa Melayu dan agama, Islam.

7. Tun Abdullah seharusnya mencermin diri sendiri kesilapan besar dan sirius yang telah beliau lakukan dan bukan menutup kesilapan tersebut dengan menyalahkan orang lain atau memperbesarkan kesilapan orang lain. Dalam kes ini Tun Abdullah ingin menunding jari kepada Tun Dr Mahathir.

8. Walaupun Tun Dr Mahathir menarik balik sokongan kepada Najib tetapi Tun Mahathir tidak mendesak Najib untuk meletakkan jawatan. Segala teguran kepada Najib adalah teguran sayang kepada parti, bangsa, agama dan negara.

9. Tun Mahathir tidak mahu melihat parti, UMNO dan kerajaaan terus menjadi lemah dan bertambah seperti kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

10. Teguran Tun Mahathir hanya di politikkan oleh orang seperti Tun Abdullah Ahmad Badawi dan mereka yang sewaktu dengannya.

No comments:

Post a Comment