Thursday 2 October 2014

Pemimpin harus menerima teguran


1.      Setiap kali Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan teguran akan ada pihak yang mempertikaikannya. Golongan tersebut mungkin terdiri daripada mereka yang kecewa dalam politik atau mereka yang menemui kegagalan dalam apa juga yang dilakukan.
2.      Golongan ini menangguk di air yang keruh mengharapkan agar dapat menarik perhatian ramai terutama sekali daripada pemimpin negara yang memerintah hari ini.
3.      Tun Dr Mahathir telah membuat kenyataan perlunya UMNO berubah supaya pemimpinnya boleh dikritik. Pada masa ini budaya dalam parti (UMNO) menyaksikan pemimpin di sokong tanpa dipersoal.
4.      Teguran Tun Mahathir adalah ikhlas agar ianya dapat dijadikan panduan demi untuk bangsa, agama dan negara.
5.      Bermula dari pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi, kelihatan Khairy Jamaluddin tidak bersetuju dengan apa yang di katakan oleh Tun Mahathir. Apakah beliau mengamalkan vengeance politics?
6.      Justru, tidak hairan jika Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin  menyuarakan rasa tidak bersetuju kepada teguran Tun Mahathir. Beliau tidak mungkin akan bersetuju dengan segala yang di suarakan oleh Tun Mahathir.
7.      Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa dalam UMNO, tidak pernah menghalang sesiapa untuk mengritik kepimpinan. Malah, katanya, dalam mesyuarat perwakilan dan dalam perhimpunan sentiasa beri pandangan pada kepimpinan.
8.      Beliau kelihatan terlalu beremosi mempertahankan Perdana Menteri. Lantaran itu, kelihatan Khairy Jamaluddin menjadi keliru dalam isu kritikan terhadap pemimpin yang dimaksudkan oleh Tun Mahathir.
9.      Khairy Jamaluddin mungkin lupa bahawa segala kritikan rakyat terhadap penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri ( setakat ini ) tidak di ambil sirius oleh pemimpin tertentu.
10.   Khairy Jamaluddin mungkin lupa jeritan rakyat supaya Akta Hasutan dikekalkan. Hanya golongan “pengampu” kepada Perdana Menteri yang mahukan akta tersebut di kekalkan.
11.   Kerana terlalu sibuk mempertahankan Perdana Menteri selaku Presiden UMNO, sehingga Pergerakan Pemuda UMNO dibawah kepimpinan beliau menjadi ‘layu’ dan tidak bertenaga.
12.   Kenyataan dari beberapa anggota kabinet memberikan bayangan mereka menyokong penghapusan Akta Hasutan dan mereka tidak memberikan sokongan Akta Keselamatan Negeri dikembalikan.
13.   Anggota kabinet tidak mempunyai keberanian untuk menolak apa yang di cadangkan oleh Perdana Menteri kerana dikuatiri akan di gugurkan dari jawatan.
14.   Begitu juga dengan AJK cawangan dan bahagian, tidak berani mengritik kepimpinan kerana takut tidak di pilih memegang jawatan dalam parti pada masa akan datang.
15.   Setelah Tun Mahathir bersara dari menjadi Perdana Menteri dan digantikan dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi (bapak mentua Khairy Jamaluddin) sehingga Datuk Seri Najib Abdul Razak tidak kedengaran kritikan dari anggota kabinet dan ahli UMNO terhadap kepimpinan perdana menteri.
16.   Khairy Jamaluddin terlepas pandang kepada sejarah dimana telah membuktikan mana mana kerajaan tidak mampu bertahan lama sekiranya enggan menerima pandangan dan kritikan.
17.   Contohnya, kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi (dimana Khairy Jamaluddin memainkan peranan utama) tidak mengindahkan kritikan rakyat, maka akhirnya pada pilihan raya 2008, Tun Abdullah Ahmad Badawi tersungkur dari majoriti 2/3.
18.   Nasib yang sama di terima oleh Datuk Seri Mohd Najid Abdul Razak pada PRU 13.
19.   Kenaikan RON95 dan diesel hasil daripada tidak mahu mendengar nasihat dan pandangan. Najib tidak mahu mendengar nasihat Tun Mahathir supaya di hentikan BR1M. Dengan itu tidak perlu mengurangkan subsidi mendadak untuk menampung perbelanjaan yang tinggi bagi perkara yang kurang perlu.
20.   Selepas PRU 13 keadaan tidak se-aman dulu.Pencermaran kepada perkara yang termaktub dalam perlembagaan seperti, Kuasa Raja-raja Melayu, Agama Islam sebagai agama persekutuan, hak istimewa orang melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
21.   Jika benar apa yang Khairy Jamaluddin katakan bahawa UMNO menerima kritikan terhadap pemimpin maka gejala yang dikatakan tidak akan berlaku.Sejarah menunjukkan bahawa UMNO bertambah mantap dan stabil sewaktu pemerintah Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO/BN.
22.   Jika UMNO ingin kembali kepada zaman kecemerlangan seperti zaman Tun Mahathir maka budaya mengampu dan membodek harus di hapuskan dengan segera.
23.   Jika BN/UMNO tidak mahu kecundang dalam PRU 14 maka dengar nasihat dari Tun Mahathir dan UMNO tidak harus mengamalkan budaya mengampu dan membodek.
24.   Tun Mahathir tidak mengamalkan budaya mengampu dan membodek. Dari itu pemerintahan Tun Mahathir begitu teguh dan kuat. Sesiapa boleh membuat teguran. Setiap surat yang di alamatkan kepada beliau, di bacanya dan beliau mengambil perhatian yang sirius kepada setiap teguran.
25.   Semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri ketika itu saya berada di luar negara, beberapa cadangan telah saya buat dan Tun Mahathir mengambil perhatian dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
26.   Disamping itu, Tun Mahathir menerima teguran dari dalam dan luar negara dan beliau memberikan perhatian dan maka itu sukar untuk melemahkan atau menjatuhkan pemerintahan Tun Mahathir.
27.   Sekiranya Tun Mahathir tidak mengambil keputusan sendiri untuk bersara menjadi Perdana Menteri, tidak ada orang yang dapat menjatuhkan beliau termasuk Pakatan Rakyat. Tun Mahathir tidak akan tunduk kepada sebarang tuntutan demi untuk keamanan dan kestabilan negara.
28.   Bilamana terdapat ahli parti hanya mengkritik pemimpin dalam mesyuarat perwakilan atau dalam perhimpunan maka orang yang mengkritik ingin mendapat perhatian dari para perwakilan agar beliau dapat di pilih sebagai pemimpin. Ianya tidak membawa pengertian bahawa pemimpinnya boleh di kritik seperti di dakwa oleh Khairy Jamaluddin.
29.   Jika Barisan Nasional / UMNO tidak mahu kecundang dalam PRU 14 maka kritikan dibolehkan terhadap pemimpin UMNO. Jangan ada pemimpin dalam UMNO itu sendiri mengamalkan budaya mengampu dan membodek untuk kepentingan peribadi.

No comments:

Post a Comment