Tuesday 16 September 2014

Kenyataan Tun M : Jangan menangguk di air yang keruh


1.      Facebook ‘Suara Melayu Singapura’ menyiarkan, “ I am sorry, Dr M, but malays are not lazy”.
2.      Tidak ramai yang membuat spekulasi mengenai kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad. Tetapi setiap kritikkan harus di tangani jika dirasakan perlu.
3.      Walaupun setelah di terangkan di facebook tersebut bahawa segala yang diperkatakan oleh Tun Dr Mahathir hanya di tujukan kepada masyarakat Melayu Malaysia tetapi masih ada segelintir yang mengambil kesempatan untuk menangguk di air yang keruh.
4.      Ada yang menyatakan kepada saya kemungkinan perbuatan menangguk di air yang keruh  merupakan jalan terdekat (short-cut) bagi mempamerkan diri kononnya sebagai  ‘perjuangan atau pembela bangsa melayu’
5.      Walau apapun yang dikatakan oleh Tun Mahathir, keadaan Melayu Malaysia tidak seperti keadaan Melayu Singapura yang menghadapi tekanan kehidupan di sana tanpa pembelaan.
6.      Di Singapura, orang Melayu terpaksa bekerja keras jika tidak bagaimana hendak membayar wang bulanan bagi flat mereka (service mortgage loan) yang begitu tinggi, membayar service and conservancy charges, membayar bill Singapore Power, membayar Car Parks fees bagi kereta atau motorcycles yang di letakan di kawasan perumahan mereka, dan berbagai lagi.
7.      Sebagai contoh, di Singapura jika ada yang tidak dapat membayar mortgage loan,maka yang berkenaan akan menerima surat amaran dari pihak bank atau Housing & Development Board (HDB) menuntut pembayaran yang harus di jelaskan pada hari yang telah ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian maka tindakan perundangan akan di ambil keatas mereka yang berkenaan.
8.      Kepada mereka yang meminjam wang dari bank, (pembelian flat) maka pihak bank akan merampas flat mereka (kegagalan membayar ansuran bulanan).
9.      Jika pihak bank merampas flat mereka, tidaklah semudah untuk mendapatkan flat sewa dari HDB.
10.   Seandainya itu berlaku dan jika saudara mara atau adik beradik tidak dapat membantu  memberikan tempat perlindungan sementara maka orang yang terlibat ( bersama keluarga) terpaksa berkhemah di tepi pantai.
11.   Begitu juga keadaan kepada mereka yang gagal menjelaskan pembayaran bill Singapore Power. Jika gagal membuat pembayaran untuk beberapa bulan maka bekalan elektrik akan di potong.
12.   Saya dapat merasakan bahawa pemimpin Melayu di Singapura yang mengritik kenyataan Tun Dr Mahathir tidak dapat membantu orang Melayu untuk mengatasi masalah atau mengurangkan beban terutama sekali seperti mana di terangkan tadi.
13.   Jika itu tidak dapat dilakukan, bagaimana pula dengan isu pemakaian tudung? Permasalahan itu timbul sejak sejak tahun 1965 sehingga kini tidak dapat diatasi oleh para pemimpin Melayu/Islam di Singapura.
14.   Begitu juga, isu pengambilan anak Melayu di Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) tidak dapat diselesaikan sehingga saat ini dan banyak lagi isu yang tidak dapat diselesaikan walaupun ianya isu lama.
15.   Justru, kepada para pemimpin Melayu Singapura yang sibuk mengritik atau menyiarkan/membuat posting berita mengenai kenyataan Tun Dr Mahathir dan dimuatkan dengan komen yang negatif, saya menasihatkan,  buatlah kerja yang lebih berfaedah dan bantulah masyarakat Melayu di sana mengatasi masalah dalaman mereka dimana isu isu lama yang belum lagi dapat ditangani dan diatasi. Jangan mempunyai sikap ‘menangguk di air yang keruh”. Seorang pemimpin tidak seharus mempunyai sikap sedemikian.  Jangan seperti peribahasa Melayu, “kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak”.
16.   Segala apa yang di perkatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad hanya satu wake-up call kepada orang Melayu di Malaysia. Jangan risaukan orang Melayu di Malaysia kerana keadaan mereka lebih baik dari keadaan Melayu dimana mana.
17.   Facebook Suara Melayu Singapura mengikut objektifnya “ to be credible platform to discuss issues concerning the development of the Singapore Malays/Muslim community”.
18.   Justru, focus kepada objektif tersebut di minda dan jangan sibuk dengan apa yang dikatakan oleh pemimpin negara jiran, dalam kes ini Dr Mahathir dan Malaysia. Kita melihat keadaan di Malaysia walaupun Dr Mahathir menyatakan melayu malas dan sebagainya tetapi keadaan orang Melayu Malaysia jauh lebih baik dari Melayu di Singapura (misalnya).
19.   Dari itu jika di baca dan difahami segala apa yang di katakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ianya merupakan satu isyarat yang memerlukan kewaspadaan bangsa yang bernama MELAYU. 
20.   Sayugia dinyatakan bahawa Malaysia mengamalkan konsep kebebasan untuk bersuara. Lihat sahaja berapa ramai pegawai kerajaan dan pemimpin NGO yang mengkritik kerajaan Malaysia, tetapi mereka masih kekal pada jawatan mereka. Jika mereka di pecat pun(bukan kerana mengritik kerajaan) maka ianya diatas sebab tertentu, pihak media di Malaysia tidak pula mengambi kesempatan untuk mengaibkan yang berkenaan dengan berita masalah peribadi di akhbar tempatan. Hold your heart and ask your self.

No comments:

Post a Comment