Tuesday 23 September 2014

Kemelut MB Selangor akan berpanjangan

Kemelut Menteri Besar Selangor tidak akan berakhir dengan perlantikkan Azmin Ali sebagai Menteri Besar untuk menggantikan Khalid Ibrahim.

Memandangkan Ahli Dewan Undangan Negeri DAP dan PKR membaikot majlis angkat sumpah Azmin sebagai Menteri Besar Selangor maka kemungkinan besar akan berlakunya undi tidak percaya terhadap MB yang baru, Azmin Ali, di Dewan Undangan Negeri Selangor. (DUN)

Jika ini berlaku maka jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut Menteri Besar Selangor adalah untuk mengadakan pilihan raya di Selangor. Walaupun menelan belanja yang besar (wang rakyat) . Ini harga yang perlu dibayar oleh rakyat Selangor kerana tersilap memilih.

Saya yakin dan percaya, selepas ini rakyat Selangor khususnya dan umumnya rakyat Malaysia, dapat menonton banyak drama yang di lakonkan oleh ahli pembangkang selepas ini. Saksikan.

No comments:

Post a Comment