Wednesday 3 September 2014

Kembalikan ISA


Dilaporkan bahawa Polis akan bertindak termasuk mengambil tindakan mengikut undang undang terhadap ‘dalang’ dan pihak yang bertanggung jawab mengeluarkan kenyataan untuk menghasut rakyat Sabah keluar dari Malaysia.

Pihak yang menghasut mengetahui bahawa isu Sabah sudah di putuskan melalui Suruhjaya Cobbold pada tahun 1962. Oleh yang sedemikian saya berpendapat golongan yang menghasut adalah terdiri daripada mereka yang kecewa dalam politik Sabah kursusnya dan umumnya Malaysia.

Pada tahun lalu, 9 Februari 2013 kumpulan penceroboh memasuki perairan negara dengan menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berpingkat di Felda 17, Kampong Tanduo Lahad Datu. Kumpulan tersebut bergelar sebagai Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara.

Dilaporkan juga bahawa kemasukkan penceroboh Selatan Filipina ke Lahad Datu Sabah di “dalangi” oleh rakyat Malaysia. Sejauh ini belum nampak sebarang tindakan keatas “dalangi” berkenaan yang telah di kenal pasti (mengikut laporan).

Kini (2014) dilaporkan ada hasutan oleh pihak tertentu yang menjalankan aktiviti mengasut rakyat (Sabah) untuk mengeluarkan Sabah dari Malaysia. Ini perbuatan yang sangat sirius dan tersangat bahaya.

Berlakunya peristiwa pada 2013 dan kini perbuatan menghasut (yg sirius dan mengancam ketenteram negara) adalah kerana penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Dharurat. Jika kedua akta ini tidak dihapuskan dengan sewenang wenangnya maka keadaan seumpama ini tidak akan berlaku.

Apakah cukup dengan menggunakan mekanisme “menjalankan siasatan” kemudian “memberikan amaran” tanpa tindakan yang berkesan seperti mendakwa yang terlibat di Mahkamah atau tindakan untuk bertindak terlalu lama sehingga menimbulkan isu lain dalam perkara yang sama?.
Apakah tindakan yang berkesan hanya akan/boleh diambil (mengikut proses undang undang) setelah negara berada dalam keadaan tidak tenteram dan huru-hara?

Memandangkan BN memenangani sejumlah 133 daripada 222 kerusi di parlimen dan menyedari hakikat bahawa segala peristiwa yang berlaku adalah setelah ISA dan Ordinan Dharurat  dihapuskan, maka kenapa tidak dikembalikan Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinan Dharurat?
Sejauh ini (dalam pemerhatian saya) kerajaan BN belum menggunakan akta tersebut untuk melimparkan pemimpin pembangkang kedalam penjara, semata mata kerana mereka berlainan ideologi dan pendapat atau memberikan tekanan kepada kerajaan

Pembangkang di Malaysia terikut ikut keadaan negara jiran dimana pucuk kepimpinan negara tersebut telah menggunakan ISA untuk melimpar seteru politik mereka dalam tahanan selama berpuluhan tahun. Pembangkang di Malaysia gemar membuat spekulasi atau cakap cakap yang dapat mengapi-apikan rakyat dan perasaan benci terhadap kerajaan.

No comments:

Post a Comment