Tuesday 9 September 2014

Kepimpinan PAS menghina Tun Dr Mahathir, kini Presiden PAS di hina rakan seperjuangan sendiri

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Saiful Bahri Mamat menyelar mereka yang melemparkan penghinaan terhadap Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung pendiriannya dalam pencaturan politik semasa dan menyifatkannya sebagai ‘golongan yang bodoh dan dungu’. (Utusan Malaysia)

PAS harus menyedari bahawa keadaan serupa berlaku ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri. Para pemimpin PAS dan parti pembangkang yang lain melabel Tun Mahathir dengan berbagai nama dan membuat berbagai tuduhan. Dah kena bantang hidung sendiri dimana Presiden parti di buat sedemikian baharu sedar diri dan menuduh mereka yang membuat penghinaan terhadap Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai golongan yang bodoh dan dungu. Tidakkah PAS jauh lebih bodoh dan dungu dari saat dan hari mereka mula “menyerang” dan "membuat tuduhan" terhadap Tun Mahathir?

Kalau PAS mahukan mereka (yang menghina) memberikan pengiktirafan tinggi dan selayaknya diberikan ketaatan dan kepecayaan kepada Presiden PAS, mengapa tidak PAS berlakuan sedemikian kepada Tun Dr Mahathir Mohamad?

Segala musibah yang berlaku keatas PAS adalah disebabkan ketidak adilan yang mereka lakukan terhadap pentadbiran Tun Mahathir selama 22 tahun. Saya berpendapat sebelum musibah yang lebih teruk berlaku keatas PAS, maka parti itu mesti berjumpa Tun Mahathir dan mohon maaf. Jika gagal berbuat sedemikian nantikan musibah yang lebih besar dan teruk akan menimpa PAS.

No comments:

Post a Comment