Wednesday 10 September 2014

Guan Eng akan mengritik PM Najib

PM Najib Tun Abdul Razak menyatakan bahawa akan diujudkan skim sewa beli PR1MA kepada bakal pembeli. Menurut laporan mereka membayar sewa 20 hingga 30 tahun dan kemudian rumah itu akan menjadi milik mereka nanti.

Saya teringat situasi politik di Singapura pada era 1970an dimana sebuah parti pembangkang, United National Front (UNF) yang di ketuai oleh mendiang R Vetrivelu menyatakan jika partinya dapat menubuhkan pemeritah pada ketika itu maka rakyat Singapura yang menyewa rumah 20 hingga 30 tahun maka kemudian rumah itu akan menjadi milik mereka kelak. (UNF dianggotai oleh Singapore Justice Party)

Ketika itu, PAP yang di ketuai oleh Lee Kuan Yew telah membuat jenaka pada cadangan itu dan mempromosikan sistem HDB sehingga hari ini dilaksanakan.

Dalam pendapat saya jika PAP melaksanakan sistem sepertimana mana yang di cadangkan oleh parti pembangkang yang berkenaan (kini di Malaysia pula) maka mereka yang telah bersara tidak akan menghadapi masalah perumahaan seperti hari ini.

Saya merasakan tidak lama lagi DAP akan "menyerang" dan mengritik cadangan PM Najib. Ini berdasarkan kepada apa yang di perkatakan oleh Lim Guan Eng kepada para penyokong DAP di penang semasa pilihan raya lalu, " what you see in Singapore, you will see in Penang".

No comments:

Post a Comment