Monday 22 September 2014

Apakah sejarah akan berulang : Nasib UMNO Malaysia sama seperti UMNO Singapura?


1 Berbagai tuduhan dilimparkan oleh pihak tertentu terhadap pemimpin negara. Tuduhan yang dilimparkan kadang kala bukan di tujukan sahaja kepada pemimpin tertentu tetapi meliputi ahli keluarga mereka.

2. Sebagai contoh, kita dapat melihat bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad dilimparkan berbagai tuduhan semasa dan setelah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Kenyataan Tun Mahathir di putar belitkan sehingga menjadi suatu fitnah. Ini merupakan tingkah laku politikus “kebinatangan” bukan kematangan dalam politik (political animal).

3. Pihak media pula bebas menulis apa sahaja yang mereka merasakan penting terutama sekali dalam usaha mereka untuk melariskan penjualan surat khabar berkenaan.

4. Atas landasan demokrasi dan hak bersuara dalam menggeluarkan pendapat, kerajaan Malaysia tidak mengambil sebarang tindakan undang undang dalam hal “menyebaran fitnah” oleh pihak tertentu. Bersandarkan kepada demokrasi dan hak kebebasan bersuara, kerajaan hanya mengambil tindakan undang undang jika cakapan pihak tertentu boleh/dapat menggugat kestabilan, keamanan dan keharmonian negara seperti Malaysia yang terdiri daripada berbagai keturunan, agama dan bangsa.

5. Seperti di Malaysia, Perlembagaan Singapura juga mempunya Akta memberikan kebebasan untuk berucap dan mengeluarkan pendapat. Singapura juga mempunyai Akta Hasutan. Singapura masih mempratikkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Malangnya United Nation High Commission for Human Rights (OHCHR) tidak mempersoalkan Singapura bilamana kerajaan Singapura menguatkan kuasakan kedua akta tersebut yang di sifatkan oleh OHCHR yang bertentangan dengan prinsip hak asasi Manusia. Mengapa memilih Malaysia?

6. Di Singapura sedang berjalan kes dimana Perdana Menteri Singapura merangkap Setiausaha Agong PAP ( abang kepada DAP) menyaman blogger warganegara Singapura kerana memuatkan posting di facebook beliau mengenai pentadbiran PAP di sana. 

7. Perdana Menteri Singapura melalui peguamnya telah meminta blogger tersebut agar menarik balik posting tersebut, menerbitkan permohonan maaf dan membayar ganti rugi.

8. Setelah menarik balik posting beliau di facebook, Perdana Menteri Singapura itu meneruskan tindakan menyaman blogger tersebut di Mahkamah Singapura. Dan kes tersebut masih berjalan di sana.

9. Biasanya keadaan saman menyaman di Singapura yang melibatkan pemimpin negara tersebut, pihak yang kena saman dikenakan bayaran ganti setengah juta atau satu juta singapore dollar. Jika tidak dapat membayarkan sebesar itu maka pihak yang kena saman menjadi muflis.

10. Keadaannya berbeza di Malaysia. Para pemimpin pembangkang membuat serangan peribadi, melimparkan berbagai fitnah dan sebagainya tetapi para pemimpin politik Malaysia tidak melakukan apa yang di lakukan oleh Perdana Menteri Singapura. Kita lihat Tun Dr Mahathir Mohamad. Apa kurangnya para pemimpin pembangkang dan NGO melimparkan berbagai tuduhan bahkan melabelkan dengan berbagai nama yang jelek tetapi Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menyaman mereka di mahkamah.

11. Majoriti rakyat Malaysia mahukan kembali Akta Keselamatan Dalam Negeri. Di zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun tidak menyalahgunakan akta tersebut tetapi hanya melaksanakan undang undang tersebut jika perlu demi untuk keselamatan, ketenteraman dan keharmonian Malaysia. Tun Mahathir tidak melakukan untuk kepentingan beliau.

12. Cuba kita lihat apa yang terjadi di Singapura dalam menangani Akta Keselamatan Dalam Negeri.

13. Dibawah pemerintah Lee Kuan Yew, beliau telah menahan seorang ahli politik selama 23 tahun tanpa pembicaraan (ISA). Seterusnya meletakkan beliau dalam house arrest selama 9 tahun lagi dimana beliau di letakkan dalam batasan sebuah pulau yang di namakan Pulau Sentosa dan pergerakan terhad seperti rumah, pekerjaan, perjalanan dan aktiviti politik.

14. Walaupun pun Tun Mahathir mengamalkan ISA di Malaysia, tetapi Tun Mahathir tidak pernah menganiaya sesama manusia tidak kira fahaman politik, bangsa dan agama. Tidak seperti Lee Kuan Yew. Tun Mahathir tidak pernah menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk mengekalkan kuasa dan melenyapkan penentang politik beliau. Tun Mahathir telah berjaya membangunkan Malaysia tanpa gangguan dari pengacau atau penyangak politik.

15. Setelah Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan,pembangkang melihat kepimpinan kerajaan tidak sekuat Tun Dr Mahathir maka desakan demi desakan di buat sehingga mereka berjaya mendesak kerajaan untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinan Dharurat. Bilamana pembangkang berjaya dengan desakan mereka maka itu menandakan kepimpinan hari ini lemah. Dengan kelemahan tersebut BN kehilangan beberapa negeri. Jika kerajaan terus lemah maka besar kemungkinan BN akan kecundang di beberapa negeri lagi dalam PRU yang akan datang.

16. Setelah berjaya dengan bergaya tersendiri pembangkang mendesak kerajaan menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinance Dharurat mereka kini bertindak lagi untuk menghapuskan Akta Hasutan. Jika pucuk kepimpinan kerajaan tunduk dengan desakan pembangkang dan menghapuskan Akta Hasutan serta menolak teguran Tun Dr Mahathir Mohamad maka tidak mustahil UMNO Malaysia akan menemui nasib sama seperti UMNO Singapura.

17. Kita lihat apa yang dilakukan oleh DAP sekarang ini sama seperti PAP lakukan di Singapura dalam usaha PAP melemahkan UMNO Singapura. Akhirnya PAP berjaya dan UMNO Singapura kecundang. Apakah sejarah akan berulang? Jawapannya , ya, akan berulang jika teguran Tun Mahathir di abaikan.




No comments:

Post a Comment