Wednesday 10 September 2014

Anwar berjaya pecahbelahkan Melayu Malaysia


Matlamat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya adalah untuk memecah belahkan masyarakat Melayu/Islam kearah penghapusan sebuah negara Melayu yang berteraskan Islam.Pada peringkat awalnya kita dapat melihat apabila Anwar di percat dari kerajaan dan parti, UMNO.

Setelah dipecat, Anwar Ibrahim dalam usaha untuk mendapat sokongan ahli UMNO, Anwar membuat berbagai tuduhan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad (ketika itu menjadi Presiden parti dan perdana menteri). Ramai ahli umno ketika itu terpedaya dengan pembohongan Anwar dan mereka keluar dari UMNO. Terjadi pepecahan orang Melayu kepada tiga pihak. Puak Anwar Ibrahim, UMNO dan PAS.

Dengan mengumpulkan ahli  UMNO untuk bersama beliau, Anwar menubuhkan sebuah parti kononnya untuk memberikan tentangan dan menjatuhkan UMNO. Tetapi Anwar menyedari dalam hati kecilnya bahawa bukan mudah untuk menjatuhkan UMNO dalam pilihahan raya. Anwar mula dengan ekperimen beliau dengan mengadakan tunjuk perasaan dan perhimpunan haram untuk menarik perhatian parti yang lain seperti DAP dan PAS.

Akhirnya Anwar berjaya mengadakan satu pakatan yang di ibaratkan sebagai tidor satu bantal tetapi mimpi berlainan. PKR, DAP dan PAS menubuhkan persetubuhan haram yang dinamakan, Pakatan Rakyat. Rakyat Malaysia menyedari apa sebenarnya perjuangan DAP. Rakyat Malaysia mengetahui perjuangan DAP mirip perjuangan PAP di Singapura. Rakyat Malaysia mengetahui kedudukan orang Melayu/Islam yang hidup dalam pemerintah PAP. Rakyat Malaysia juga kedengaran cerita indah kabar dari rupa.  

DAP sebenarnya tidak sebulu dengan perjuangan PAS kerana bertentangan dengan dasar parti tersebut. Anwar mengetahui bahawa tanpa sokongan dari DAP partinya tidak boleh pergi jauh. Anwar juga tahu bahawa PAS (akhirnya) tidak dapat bekerjasama dengan DAP.

Menyedari hakikat tersebut maka Anwar secara sulit membentuk Anwarinas dalam PAS. Pembentukkan Anwarinas sangat perlu memandangkan Anwar mempunyai “agenda tersembunyi” iaini untuk memecah belahkan orang melayu dalam PAS. Tanpa pembentukkan Anwaris maka PKR dan DAP tidak dapat menghapuskan sebuah negara Melayu yang berteraskan Sistem Raja Berperlembagaan. Dalam ertikata untuk membentuk sebuah negara Republik seperti Singapura. 

Setelah berjaya memecahkan UMNO kepada dua, kini Anwar berjaya memecahkan belahkan PAS kepada dua sepertimana Anwar lakukan kepada UMNO dahulu. Kalau dulu orang Melayu berpecah kepada tiga kini Melayu berpecah empat. Semua ini dilakukan oleh Anwar Ibrahim
Jika begitu halnya, maka timbul pertanyaan, “Siapa sebenarnya Anwar Ibrahim?” Kenapa Melayu hendak di porak perandakan dinegara sendiri?

Tiba masanya orang Melayu tidak kira, UMNO, PAS atau ahli biasa PKR, jika sayangkan Malaysia, jika sayangkan kepada agama Islam, bersatulah melancarkan kempen mengayang PKR dan DAP. Jika ada didalam PKR dulunya dari UMNO maka sudah tiba masanya untuk pulang ke pangkuan UMNO. Percaya dan yakinlah bahawa PasMa hanya akan diperalatkan seperti Anwar memperalatkan PAS sebelum ini. Jika Anwar dapat memperalatkan dan memperdayakan PAS dibawah kepimpinan Tuan Hj Hadi Awang, tidak mustahil untuk memperalatkan PasMa.

Yakin dan percaya bahawa Malaysia akan menjadi sebuah negara yang aman dan selamat jika orang Melayu bersatu dan menentang penderhaka terhadap Sultan. “menentang” dalam hal ini adalah dengan tidak memberikan sokongan kepada mereka dan menjauhkan diri daripada mereka. Siapakah mereka ini? Dalam kes ini, penderhaka  terdiri daripada DAP dan PKR. 

Kun Fayakun.

No comments:

Post a Comment