Tuesday 2 September 2014

Pemimpin UMNO harus berubah sikap


Naib Presiden UMNO, DatuK Seri Dr Ahmad Hamidi berkata bahawa UMNO negeri (Johor) diingatkan tidak berasa terlalu selesa dengan kedudukan mereka pada masa ini kerana pakatan pembangkang dilihat semakin ghairah untuk menawan Johor daripada Barisan Nasional (BN).
Saya merasakan bahawa pakatan pembangkang bukan sahaja ghairah untuk menawan Johor bahkan seluruh Malaysia. Apakah setiap UMNO negeri dapat merasa”selesa” dan mereka di jamin dengan kemenanganpada PRU akan datang? 

Banyak perkara dan masalah yang harus di tangani dan diselesaikan oleh UMNO/BN sebelum diadakan PRU 14. Perkara dan masalah tersebut tidak dapat diatasi hanya menjelangnya PRU. Apakah dengan memberikan BRIM yang begitu banyak dapat menentukan kemenangan BN?  Malaysia jangan mengikut langkah PAP Singapura bilamana menjelangnya PRU diberikan “gula-gula” kepada rakyat yang bentuk kewangan dan subsidi pembayaran bill air dan lampu. PAP menyangka dengan berbuat sedemikian PAP dapat memenangi pilihan raya dengan cermelang. Tetapi malang bagi PAP kerana PAP kecundang di banyak kawasan di sana. Tidakkah ini menjadi satu “pengajaran” kepada pentadbiran PM Najib.

Pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, suka atau tidak, dalam mengharapkan/menginginkan kemenangan bagi BN dalam PRU14 maka harus melihat dan mengkaji tujuh perkara yang ditimbulkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Cuba kita renungkan, mana ada satu Perdana Menteri yang telah memerintah negara selama 22 tahun dan telah membangunkan negara dengan jayanya, ingin melihat kehancuran/kemusnahan segala yang dibina?  Sebagai contoh cuba kita lihat sahaja, pembangkang di Selangor. Bergaduh sesama sendiri, gila dan tamak kuasa. Tidak ada hormat langsung terhadap DYMM Sultan.  Di Pulau Pinang pula pentadiran berunsur gangster dan dengan semangat kecinaan yang menanamkan kebencikan semasa rakyat. PAS pula selamanya tidak membawa pembangunan yang dapat dibanggakan di Kelantan. Bayangkan jika mereka memerintah Malaysia.

Lihat kepada pembangkang, satu negeri mereka mahu isteri menjadi MB sampai sanggup menderhaka kepada Sultan. Lagi satu negeri nanti mahukan mak mentua jadi MB, satu lagi negeri mahu bapak (kepada setiausaha agong) menjadi MB dan sebagainya. Mungkin pemimpin pembangkang yang beristeri dua, mahukan isteri mudanya menjadi MB. Apa akan menjadi? Jadi lah “padang jarak padang terkukur”.

Jika BN mahu terus berkuasa, maka parti yang menjadi tulang belakang iaini UMNO mesti “mengemas dan memperbaikki diri dan rumah sendiri”. Jika ada perbuatan “bodek membodek” kepada pemimpin atasan untuk kepentingan diri dan keluarga, maka demi untuk bangsa dan agama, hentikan dengan segera. Lihat apa yang berlaku kepada Singapura. Sepertimana dikatakan oleh Tun Abdul Razak dalam buku yang ditulisnya UMNO ke 20 tahun berjudul “Titik Hitam Orang Melayu kehilangan Negeri”. Beliau menyatakan sikap orang Melayu yang sudah terantuk baru terngadah.
Dalam pendapat saya jika BN ingin terus memerintah dan pemerintah tidak bertukar tangan, maka kepimpinan PM Najib harus melihat dan mengkaji tujuh perkara yang di timbulkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dengan sirius.


No comments:

Post a Comment