Tuesday 9 September 2014

Derhaka kepada Sultan keluar dari Malaysia

Memandangkan PKR dan DAP telah menderhaka dan berkelakuan biadap terhadap Sultan Sharafuddin Idris Shah, dimana Sultan telah murka, maka Ahli Undangan Negeri (ADUN) kedua parti harus melepaskan jawatan sebagai Ahli Undangan Negeri. Ini kerana rakyat Selangor merupakan rakyat yang menghormati institusi beraja dan tidak pernah menderhaka dan berkelakuan biadap kepada Sultan. Mana mungkin dan dirasakan tidak logik jika rakyat Selangor yang menghormati institusi beraja sedangkan Ahli Undangan mereka pula penderhaka kepada Sultan.

Letak jawatan dengan cara terhormat kerana saya berpendapat rakyat Selangor tidak mahu pemimpin yang perderhaka dan biadap terhadap Sultan.

Walaupun menurut Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari menyatakan bahawa derhaka kepada Sultan bukan kesalahan jenayah, tetapi kita mesti menghormati sistem beraja dan orang Melayu terkenal dengan adat resam menghormati Sultan. Juga bukan merupakan satu hasutan jika kita minta mereka yang tidak ada hormat kepada Sultan dan institusi beraja negara ini, harus meninggalkan Malaysia.

No comments:

Post a Comment