Tuesday 9 September 2014

DAP bermain sandiwara

  1. Dilaporkan bahawa Menteri Besar Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini mengemukakan permohonan maaf kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah diatas keingkarannya menamakan satu calon Menteri Besar untuk dipertimbangan Sultan.

    Ini satu sandiwara atau opera Cina lakonkan Lim Guan Eng dimana transcriptnya di tulis oleh bapak beliau Lim Kit Siang. Perbuatan Lim Guan Eng hanya merupakan ulangan sejarah apa yang dilakukan/dilakonkan oleh Lee Kuan Yew PAP pada zaman Tengku Abdul Rahman.

    Mereka mengetahuinya bahawa orang Melayu senang dan mudah di pujuk dan di pengaruhi. Kemungkinan sehingga kini DAP mendapat "nasihat" dari abang mereka, PAP bahawa jangan "sentuh" Sultan. Jika Sultan di sentuh maka orang Melayu akan menentang terutama sekali jika yang menyentuh nya adalah bukan melayu. Mereka juga mengetahui bahawa orang Melayu mempunyai sifat pemaaf.

    Cuba fikir apakah mudah DAP meminta maaf?? Kalau tidak ada "agenda tersembunyi" mereka tidak akan melakukannya.DAP meminta maaf akan menguntungkan kepada perjuangan mereka. Mereka mencari keuntungan politik.

    Orang Melayu jangan terjebak.

No comments:

Post a Comment