Tuesday 28 May 2013

Cadangan Gerakan tidak relevan


Pemangku Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn mencadangkan agar UMNO sebagai parti komponen terbesar dalam Barisan National (BN) supaya mengetuai usaha menjadikan BN sebagai parti perbagai kaum. Jika di lihat BN itu sendiri sebuah parti perbagai kaum. Jadi apakah motif sebenar Pemangku Presiden itu?

Cadangan seumpama ini jelas mempunyai agenda tertentu. Agenda Gerakan adalah untuk menutup ketidak mampuan parti itu untuk memenangi sokongan orang Cina. Ini jelas setelah parti itu gagal menawan Penang dalam PRU 12 ( tahun 2008) dan dalam PRU 13 prestasi parti itu bertambah teruk di Penang dan di seluruh Malaysia. Begitu juga keadaannya dengan MCA. Keputusan PRU 13 jelas memberikan isyarat bahwa masyarakat Cina sememangnya tidak memberikan sokongan kepada BN khususnya parti Gerakan dan MCA.

Kegagalan Gerakan dan MCA mendapatkan sokongan masyarakat Cina adalah di sebabkan parti itu sendiri. Pucuk kepimpinan kedua parti itu gagal mengikuti perkembangan semasa orang Cina melalui media seperti surat khabar Cina. MCA dan Gerakan gagal melancarkan serangan balas segala kenyataan dan tohmah parti rasis seperti DAP yang disiarkan dalam media cina. Kita ketahui bahwa apa yang disuarakan oleh parti pembangkang hanya  perception sahaja tetapi dalam poltik perception itu adalah reality. Ini yang gagal di fahami oleh kepimpinan MCA dan Gerakan. Dengan kegagalan tersebut maka MCA dan Gerakan kecundang dalam PRU 13.

Manakala keputusan PRU 13 jelas menunjukkan bahwa orang Melayu telah kembali memberikan sokongan kepada UMNO. Yang penting mulai saat ini, UMNO sendiri harus mengemas kini keadaan dalaman rumah sendiri. Antara lain, Pergerakan Pemuda UMNO yang kelihatan tidak bermaya dan lesu. Pergerakan Pemuda UMNO kehilangan “taringnya” apabila berdepan dengan serangan bertubi tubi daripada parti pembangkang. Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO kelihatan seperti harimau tetapi “tidak bergigi”. Semenjak penubuhkan UMNO, sayap parti itu yang terkuat adalah Pergerakan Pemuda UMNO. Sayap ini merupakan banteng UMNO dalam memperjuangkan bangsa, agama dan tanahair. Tetapi dalam menghadapi PRU 13 sayap ini keadaan tidak mempunyai kekuatan dan lesu tidak bermaya dalam menghadapi serangan pihak lawan.

Jika pucuk kepimpinan UMNO ( saya percaya tidak) menerima cadangan Gerakan itu, jelas DAP merasa lebih selesa untuk memperjuangkan bangsa Cina dan DAP tetap merupakan sebuah parti rasis. Jadi apa akan terjadi kepada masa depan orang Melayu? Siapa yang akan memperjuang hak istimewa orang Melayu sepertimana Perlembagaan Persekutuan 153. Apakah orang Melayu mahu menjadi seperti Singapura? PAP dimonopoli oleh satu bangsa iaini bangsa Cina sedangkan yang lainnya menjadi “pengampu” PAP dengan menjadikan bangsa sendiri sebagai kambing hitam dalam mencapai objektif PAP.

Kita lihat di Singapura bagaimana PAP pada mulanya mendapat sokongan padu dari masyarakat Melayu. Perjuangan PAP ketika itu memperjuangan masa depan untuk semua bangsa dan keturunan di Singapura. Disamping menitik beratkan Perlembagaan Singapura Akta 152 yang mengakui hak istimewa orang Melayu sebagai anak pribumi. Orang Melayu Singapura ketika itu “percaya dan yakin” dengan janji manis PAP. Tetapi lama kelamaan Perlembagaan yang mengakui hak istimewa di pinggirkan sehingga saat ini. Semuanya akan terjadi jika kepimpinan Melayu seperti UMNO menerima cadangan dari parti Gerakan. Masyarakat Melayu jangan kali kedua tertipu dengan janji manis politikus bukan Melayu.

Cadangan Pemangku Pesiden Gerakan tidak relevan dan harus di tolak oleh UMNO. Ini kerana UMNO mewakili orang Melayu sebagai anak bumiputera dan orang Melayu masih belum berjaya meletakkan bangsa kita setanding dengan orang Cina dalam ekonomi dan pendidikan.

Dalam hubungan ini saya juga tidak yakin parti seperti MIC akan bersetuju dengan cadangan Gerakan. Jika mereka menerima cadangan Gerakan ini membawa pengertian MIC terpaksa di buburkan. Apakah kepimpinan dan ahli MIC akan bersetuju sedangkan dalam PRU 13, orang India telah memberikan sokongan kepada MIC.

Kelihtan di sini hanya parti yang bangsanya tidak memberikan sokongan kepada parti yang bersangkutan mahukan “perubahan” untuk meletakkan politikus cina dalam keadaan yang selamat.

No comments:

Post a Comment