Wednesday 29 May 2013

Polis bertindak tegas terhadap pencetus kekecohan


Pihak polis telah menangkap mereka yang telah mencetuskan kekecohan. Namun pihak polis tidak akan bertindak keatas mereka yang ingin berhimpun secara aman tetapi mereka mesti mematuhi syarat yang dikenakan sebelum perhimpunan tersebut diadakan. Hormatilah undang undang negara dan apa salahnya membuat permohonan  sepuluh hari sebelum perhimpunan yang berkenaan akan di adakan. Apa salahnya mengikuti syarat mengadakan perhimpunan di tempat yang selamat demi untuk kepentingan awam. Kita tidak mempertikaikan hak warganegara untuk mengadakan perhimpunan tetapi pihak penganjur juga mesti memikirkan hak orang lain untuk merasakan hidup dalam keadaan aman tanpa gangguan dan kebebasan mereka untuk berniaga dan bergerak. Pihak pembangkang harus sedar bahwa dalam soal ini pihak pois mempunyai pengalaman untuk mencadangkan kepada pihak penganjur tempat yang di rasakan selamat untuk  berhimpun dengan membuat pertimbangan keselamatan dan keamanan orang awam.

Setelah Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamed meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, pengganti beliau ingin mempamerkan kononnya mengamalkan liberalism dalam pemerintahan iaini sikap tolerant dan terbuka. Dengan pengamalan liberalism maka Akta Keselamatan Dalam Negeri di hapuskan. Berdasarkan pengamalan liberalism itu kerajaan (selepas Tun Dr Mahathir) gagal bertindak tegas keatas mereka yang membuat provokasi terhadap kerajaan serta menggangu ketenteraman serta  mengugat keselamatan dan keamanan negara.

Keadaan ini mengakibatkan apa yang berlaku hari ini. Satu demi satu perhimpunan diadakan dan ucapan demi ucapan yang menghasut rakyat berterusan. Ini sangat membahayakan untuk keselamatan dan keamanan negara. Pergaduhan kaum mungkin tercetus jika pemerintah berterusan mentadbirkan negara secara “berlembut” terhadap para provokasi yang berkenaan. Kita tidak mengetahui apa kah si pelaku demontrasi terdiri dari proxy negara luar untuk menghancurkan negara sepertimana hancurnya negara negara Arab. Ini menjadi tanda tanya bila melihat kepada PRU 13 yang lalu begitu jumlah wang yang besar digunakan dalam masa berkempen. Dari sumber manakah kewangan di perolehi untuk membiayai (dengan mewah) kos pilihan raya. Pemerintah harus melihat dan memantau keadaan ini.
Semenjak Perdana Menteri mengumumkan anggota kabinet yang baru, kelihatan tindakan agresif dan berkesan telah di ambil oleh PDRM. Seharusnya perkara seumpama ini dilakukan lebih awal lagi. Tetapi tidaklah terlambat untuk bertindak sedemikian namun dapat dilihat satu usaha yang positif demi untuk keselamatan dan keamanan negara.
Apabila pihak PDRM bertindak menangkap beberapa para pemimpin politik dan aktivis pro pembangkang yang menimbulkan kekecohan dalam negara, pihak pembangkang pula menyatakan keujudtan  “semangat ala Mahathir”.
Saya memberikan sokongan keatas tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad ( semasa menjadi PM) menangkap semua pengacau, perosak, pelampau yang mengancam keselamatan dan keamanan negara. Ini dilakukan oleh Tun Mahathir kerana adalah menjadi tugas dan tanggongjawab beliau sebagai Perdana Menteri untuk memelihara, mempertahankan dan memperjuangkan keselamatan dan keamanan negara.
Dengan itu jika benar ujudnya “semangat ala Mahathir” maka apa salahnya jika mendatangkan keamanan, kesejateraan dan kemakmuran negara. (Kemungkinan pembangkang tidak bersetuju) Hanya mereka yang ingin melihat kehancuran Malaysia seperti mana hancurnya negara Arab yang akan mempersoalkan “semangat ala Mahathir” dan mempertikai usaha PDRM menangkap para pemimpin pembangkang dan aktivis propembangkang.
Kesilapan yang besar telah dilakukan apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri di hapuskan. Pemerintah terperangkap dengan “taktik” parti pembangkang dalam membuat desakan penghapusan ISA. Dari awal pembangkang menyedari bahwa untuk mengalahkan  BN dalam pilihan raya sangat sukar. Ini kerana mereka yang tinggal dikawasan perdalaman merupakan penyokong kuat UMNO.
Kita lihat apa yang dikatakan oleh Adam Adli Abdul Halim, aktivis propembangkang “hanya dengan kekerasan sahaja dapat menggulingkan kerajaan BN”.(Mungkin perkataan dan fahaman ini juga berada didalam kepala para pemimpin pembangkang).
Plan A pembangkang :- Mengusulkan agar ISA dihapuskan. Kerana jika ISA di hapuskan tidak mudah bagi pemerintah untuk menahan mereka yang menjalankan aktiviti  kekerasan dan keganasan (sepertimana yang dilakukan sekarang ini ) dalam usaha menggulingkan pemerintah yang di pilih oleh rakyat. Untuk mencapai  hasrat mereka kearah menghapusan ISA, maka pihak pembangkang berkerjasama dengan Majlis Peguam dan beberapa badan bukan kerajaan dalam membuat desakan kepada pemerintah.
 Manakala “Plan B” pula peristiwa yang kita lihat sehingga hari ini iani mengadakan perhimpunan, demokrasi jalanan, media sosial dan segala bentuk tindakan yang dapat menggugat keselamatan negara kerana ISA telah di hapuskan.
Alhamdulliah pihak PDRM telah mula bertindak menangkap beberapa pemimpin pembangkang dan aktivis pembangkang kerana mengancam keselamatan dan keamanan negara.

Kita mesti menyedari Perlembagaan Persekutuan tidak membenarkan pemerintah menangkap/menahan sesorang itu kerana aktiviti politik mereka tetapi pemerintah mempunyai hak dan tanggungjawab untuk menangkap sesiapa sahaja yang bertindak menimbulkan kekacauan dan keganasan dalam usaha menggulingkan kerajaan yang di pilih oleh rakyat secara demokrasi.

No comments:

Post a Comment