Thursday 30 May 2013

Masyarakat Cina Menolak BN


Keputusan PRU 13 yang baru lalu jelas membuktikan bahwa masyarakat Cina menolak BN. Mereka memberikan sokongan padu kepada parti ekstremis cina, DAP. Ini juga membawa pengertian bahwa masyarakat Cina tidak memerlukan bantuan Barisan Nasional dimana UMNO menjadi tulang belakang. Manakala orang Melayu telah kembali menyokong BN terutama UMNO berbanding PRU 12.
Memandangkan masyarakat cina menolak BN, maka tidak perlulah kerajaan (BN) hari ini menumpukan perhatian sangat kepada permasalahan masyarakat Cina. Tetapi masyarakat cina harus berterima kasih kepada kerajaan di walaupun masyarakat Cina tidak menyokong BN tetapi Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak tetap melantik  seorang Menteri dan seorang Timbalan Menteri dari keturunan Cina ke dalam kabinet. Sama ada mereka fasih berbahasa mandarin atau sebaliknya bukan menjadi persoalannya. Yang penting mereka fasih berbahasa kebangsaan dimana bersesuain dengan Perlembagaan Persekutuan akta 152 dimana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Dan kedua orang yang di lantik mewakili rakyat Malaysia. Saya harap Dong Zong menyedari hakikat ini dan tidak terlalu ekstrem.
Jika masyarakat Cina mahukan seorang Menteri berketurunan Cina untuk mewakli mereka maka masyarakat Cina terutama sekali Dong Zong harus memberikan isyarat yang jelas bahwa mereka (masyarakat Cina) menyokong BN. Tetapi sekarang ini dirasakan terlalu lewat untuk membuat “U turn” kerana keputusan telah mereka buat dan mereka harus belajar hidup dengan keputusan yang telah di buat oleh mereka. Lain kalilah.
Kerajaan harus bertegas dalam soal ini dengan tidak menitik beratkan permasalahan masyarakat Cina kerana mereka secara terang menolak BN. Kerajaan tidak boleh mengamalkan liberalism dalam menangani permasalah masyarakat Cina setelah masyarakat yang berkenaan menolak BN.

Khamis 30 Mei 2013

No comments:

Post a Comment