Tuesday 10 June 2014

Cukai Baru DAP kepada pelancong di PP


Bermula dari 1 Jun 2014, pelancong Pulau Pinang telah dikejutkan dengan cukai katil (bed tax) yang dikenakan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang. Sebelum ini pakatan pembangkang mengadakan demo membantah perlaksanaan Goods and Services Tax (GST) yang bakal dilaksanakan April 2015.
Dalam keadaan pakatan mengkritik hebat GST yang merupakan cukai untuk mengurangkan beban pengguna dengan sistem yang lebih teratur, DAP Pulau Pinang pula mengenakan cukai tambahan yang membebankan rakyat. Kita perlu tahu sebelum ini, dalam keadaan sedar tidak sedar kita dikenakan cukai jualan 10% + government tax 5% (15%). Dengan perlaksanaan GST maka SST (15%) ini akan dihapuskan dan digantikan dengan GST yang Cuma 6% sahaja.
Jika Pakatan pembangkang dapat mengadakan demo membantah apa sahaja yang dibuat oleh kerajaan BN (kononnya menyusahkan rakyat), mengapakan pula BN tidak dapat mengadakan perkara yang sama (demo) di negeri dimana pakatan memerintah. Jika BN berdiam diri sahaja dengan tidak bertindak balas, maka Pakatan dan rakyat akan beranggapan bahawa apa yang mereka lakukan baik untuk rakyat dan apa yang di lakukan oleh kerajaan BN tidak baik (menyusahkan) buat rakyat.
Dan terdapat ramai rakyat pula mudah terpedaya segala yang dilakukan oleh pihak pihak tertentu terutama pakatan pembangkang.

No comments:

Post a Comment