Wednesday 18 June 2014

Hormatilah Perlembagaan Persekutuan

PAS sekali lagi mengundang kontroversi apabila 4 ahli parlimennya tampil menggesa agar kerajaan negeri Selangor meminda undang-undang untuk menghapus kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), agar Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak menerima arahan dari MAIS lagi.

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), pada awal penubuhannya dikenali sebagai satu badan yang tetap dinamakan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Selangor. Ia ditubuhkan dibawah seksyen 5, Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1952 (Enakmen No. 3 Tahun 1952. Kini, MAIS merupakan satu entiti pertubuhan perbadanan (a body corporate) menurut Seksyen 5(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Ini semua kerana mereka mempertikaikan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas naskah Bible (berbahasa Melayu dan Iban dan menggunakan perkataan Allah bila merujuk kepada tuhan (God)). Bibles tersebut di rampas daripada Persatuan Bible Malaysia (BSM) pada Januari lalu. JAIS enggan memulangkannya walaupun menerima desakan dari Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Seharus 4 ahli parlimen PAS dan Menteri Besar Selangor harus melihat kepada Perlembagaan Persekutuan seperti berikut : -

Perlembagaan Persekutuan 3 (1) : -
Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-nama Bahagian Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan 11 (4) : -
Undang undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya, undang undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

Manakala Sekyen 407A Kanun Tatacara Jenayah : -

Pelupusan barang yang di sita

Walau apa pun peruntukan lain, Pendakwa Raya boleh memohon kepada mahkamah untuk pelupusan apa-apa barang yang dinyatakan dalam Subseksyen (2) pada bila-bila masa selepas pengurusan kes.

Hormatilah Perlembagaan Negara.

No comments:

Post a Comment