Monday 12 January 2015

PRU 14 Politik Melayu menghadapi masalah?


Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty telah melakukan provokasi keatas umat Islam di Malaysia dimana boleh membangkitkan kemarahan umat Islam di negara ini. Beliau mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempromosikan satu penyebaran fahaman ekstremisme.

Menurut Eric Paulsen, beliau mengritik Jakim sebagai sebuah agency dan bukan Islam. Dapatkah mereka yang mempunyai pemikiran yang waras menerima penjelasan Eric memandangkan beliau seorang peguam. Beliau seharusnya melayari website Jakim melihat apa sebenar misi Jakim.

Sebagai seorang peguam Eric Paulsen seharusnya menyedari bahawa Jakim adalah sebuah organisasi peneraju dalam memartabatkan hal ehwal Islam dan menjaga kebajikan umat Islam. Ini selari dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengakui bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan.

Menimbang dan mengingat perlembagaan Malaysia bahawa Islam adalah agama Persekutuan, dan apabila Eric Paulsen mendakwa bahawa JAKIM memperomosikan ekstremisme setiap Jumaat maka dakwaan tersebut jelas satu provokasi keatas umat Islam.

Setelah Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi menjadi Perdana Menteri, nampaknya perbuatan provokasi dan penghinann keatas agama dan umat Islam (antara lain) semakin menyala seperti api. Kelihatan kepimpinan politik selepas beliau pula tidak berkemampuan bagi mengatasi gejala seumpama ini.

Kita tidak dapat mengawal perasaan setiap umat Islam apabila agama mereka di hina. Mungkin akan ujud sebilangan kecil dari kita yang begitu marah dan tidak dapat menahan kemarahan tersebut ( (provokasi dan penghinaan agama Islam) lantas melakukan sesuatu tindakan yang dapat menjejas ketenteram awam. Sebagai contoh lihat sahaja di Perancis dimana akhbar Perancis Charlie Hebdo tidak menghormati agama Islam dan Nabi Muhammad SAW apabila dengan sengaja mencetuskan provokasi sehingga menyebabkan ada umat Islam yang begitu marah dan bertindak di luar dugaan.

Kita harus ingat Malaysia merupakan sebuah negara dimana rakyatnya terdiri daripada berbagai bangsa dan agama. Jika kepimpinan politik gagal atau lemah bagi menangani isu seumpama ini dimana perbuatan provokasi dan penghinaan berterusan keatas agama dan bangsa maka ketenteraman negara akan terjejas.

Apabila kekecohan dan kemusnahan berlaku di Malaysia, bagi mereka yang membuat provokasi dan seumpamanya maka mereka akan lari ke luar negara.Tetapi bagi masyarakat Melayu/Islam, mereka akan tetap tinggal di negara ini dan meneruskan kehidupan dalam situasi yang menyedihkan. Kemungkinan cara kehidupan akan kembali dalam keadaan 50-60 tahun yang lalu bahkan kemungkinan bertambah teruk.

Dari itu, dengarlah pandangan dan nasihat dari mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terutama sekali pucuk kepimpinan negara. Tun Dr Mahathir sayangkan bangsa dan negara. Dengan itu Tun Mahathir membuat teguran. Jika ahli politik (yang lain) hari ini berani membuat teguran ke atas pucuk kepimpinan negara, maka saya rasa Tun Mahathir tidak akan membuat teguran tersebut.

Nampaknya pucuk kepimpinan politik hari ini telah mengikut tata cara dan gaya kepimpinan politik negara jiran dalam menghadapi mereka yang tidak setuju dengan mereka (polisi). Jika ini berterusan maka keadaan yang tidak baik akan menimpa kepada politik Melayu Negara dalam PRU 14. Jika orang Melayu mahu terus menguasai politik tanah air mereka harus mendengar teguran dan setelah itu membuat perubahan. Jika tidak dapat menerima teguran dan tidak berani membuat perubahan polisi yang memanfaatkan bangsa melayu, jangan membuat bangsa melayu, menjadi layu, maka letakkan melepaskan jawatan.


No comments:

Post a Comment