Wednesday 20 August 2014

Jangan Prejudis


Utusan Malaysia terbitan 20 Ogos 2014 melaporkan, “ Najib ada kelebihan tersendiri dalam mentadbir negara”.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin menyatakan bahawa kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tidak boleh di anggap remeh, namun pandangan negarawan itu tidak semestinya perlu di persetujui.

Apakah Hishammuddin telah membaca teguran Tun Dr Mahathir lantas menyatakan “tidak semestinya perlu di persetujui?”  Mari kita lihat apa yang di tegur oleh Tun Mahathir.

1. Apakah dianya yang saya fikir salah. Ia bermula dengan pendirian melayani semua tuntutan musuh. ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh. Tindakan ini tidak sedikit pun mengurangkan tentangan oleh parti lawan. Sebaliknya jenayah bertambah dengan banyaknya kerana pembebasan ketua-ketua geng.

2. Demikian juga dengan sikap merendah diri kepada negara jiran sehingga urusan dalam negeri pun tertakluk kepada pendapat Kerajaan negara jiran.

3. Tetapi pendapat kaum dan parti yang kuat menyokong untuk menyelamatkan kedudukan Kerajaan tidak diberi layanan yang saksama.

4. Wang Kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila sahaja pilihanraya umum diadakan. Ini menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada Kerajaan untuk segala-galanya. Bagi yang betul-betul miskin, bantuan seperti ini memanglah wajar. Tetapi beribu rakyat yang ditawar menolak bantuan wang seperti ini. Semangat rakyat untuk bekerja menjadi luntur apabila mereka diberi ganjaran tanpa apa-apa usaha oleh mereka. Semangat ini tidak akan menolong pembangunan Negara.

5. Dasar ekonomi mengutamakan tuntutan pengguna. Impot barangan digalakan dan industri tempatan diabaikan, bahkan dihalang oleh dasar Kerajaan.

6. Cuti ditambah sehingga adakalanya pekerja bercuti lebih satu minggu. Sebaliknya gaji minimum dinaikkan tanpa mengambilkira kenaikan kos yang boleh menjadi perniagaan dan perusahaan tidak bedayasaing dengan barangan impot.


7. Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara.

8. Semua ini disebabkan penyokong Kerajaan tidak pernah menegur pemimpin.

Tun Dr Mahathir selanjut menyatakan bahawa jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman, dipulau oleh Datuk Seri Abdullah dan difitnah oleh ramai. Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima. Bukan saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya.

Melihat dan mempertimbangkan kelapan perkara seperti diatas, cuba kita bertanya siapa kah yang rapat dengan DS Najib atau para menteri kabinet sekarang ini berani menegur DS Najib? Saya rasa bukan sahaja barisan anggota kabinet tetapi termasuk para Majlis Tertinggi UMNO juga tidak mempunyai keberanian untuk membuat teguran sedemikian. Mereka hanya mampu menggelang dan mengangguk kepala sahaja. Mungkin Tun Mahathir menyedari hakikat ini lantas beliau menyatakan beliau sayang bangsa dan negara. Dengan rasa kesayangan kepada bangsa dan negara, Tun Mahathir memikul tanggungjawab dan membuat teguran terhadap Najib.

Mengulas teguran Tun Mahathir, seorang Menteri kabinet menyatakan bahawa setiap pemimpin mempunyai era pentadbiran sendiri yang mana harus di hormati. Komen seumpama ini jelas satu komen yang prejudis dimana tidak memberikan perhatian yang sirius kepada masalah dan kebajikan rakyat.
Untuk kepentingan politik terdapat seorang menteri kabinet menggunakan tragedi MH17 untuk di jadikan penanda aras tetapi bagaimana pula dengan MH370 tidak pula di sebut.

Tun Mahathir tidak pernah membayangkan pencapaian Najib lebih teruk daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Keputusan PRU 13 dibawah kepimpinan DS Najib lebih teruk daripada PRU12 dibawah kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Jika teguran Tun Mahathir tidak diperdulikan dan langkah susulan tidak diambil dengan sirius maka keputusan PRU14 akan bertambah buruk daripada PRU13.



No comments:

Post a Comment