Friday 22 August 2014

Presiden MUBARAK tarik balik kenyataan atau meletakkan jawatan



Apakah motif Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) melabel Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai melancarkan “perang dingin” terhadap Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak?

Sekali imbas dengan melabel Tun Mahathir sebagai melancangkan “perang dingin” terhadap DatuK Seri Najib , maka MUBARAK melalui Presidennya Tan Sri Abdul Aziz dilihat sebagai ingin melaga-laga kedua pemimpin tersebut. Perbuatan melaga-lagakan suatu perbuatan nakal yang ingin melihat situasi tidak tenteram didalam UMNO/BN dan dimana dapat menerbitkan bibit-bibit kebencian dan perpecahan kedua pemimpin dan pengikut masing masing. MUBARAK jangan under estimate pengikut dan penyokong mantan Perdana Menteri itu. Jika MUBARAK berjaya dengan perbuatan nakalnya (sepertimana di terangkan) maka UMNO akan hancur.

Tidak ada rakyat yang marah terhadap teguran Tun Mahathir, hanya MUBARAK sahaja atas sebab tertentu agaknya. MUBARAK seperti penasihat dan orang orang terdekat dengan DatuK Seri Najib, dimana tidak berani membuat teguran jika Datuk Seri Najib membuat polisi yang tidak di gemari rakyat atau Datuk Seri Najib melakukan kesilapan. 

Jika di lihat di media sosial jelas, rakyat menyokong teguran Tun Mahathir dan mereka berpendapat segala teguran Tun Mahathir benar dan tepat. Harus di ingat bahawa Tun Mahathir hanya membuat teguran demi untuk bangsa dan negara. Tun Mahathir tidak mendesak Datuk Seri Najib supaya meletakkan jawatan. Tun Mahathir menarik balik sokongan kepada Datuk Seri Najib hanya merupakan “wake-up” call. Ini harus di fahami oleh MUBARAK.

MUBARAK harus menarik balik kenyataan dimana Tun Mahathir “berperang dingin” dengan Datuk Seri Najib. Kegagalan berbuat sedemikian didesak Presiden MUBARAK harus meletakkan jawatan.

No comments:

Post a Comment