Friday 29 August 2014

Malaysia itulah Mahathir



Tun Musa Hitam, Mantan Timbalan Perdana Menteri telah melancarkan serangan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kepada teguran Tun Mahathir terhadap pentadbiran PM Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Jika dikaji apa yang di tulis oleh Tun Mahathir dalam blognya hanya teguran. Tun Mahathir tidak mendesak PM Najib untuk meletakkan jawatan. Sabagai contoh dalam satu keluarga dimana seorang ayah menegur anaknya. Apakah dengan membuat teguran terhadap anak sendiri merupakan satu kesalahan? Apa kah dengan membuat teguran seumpama itu membawa erti si ayah menghalau anaknya keluar dari rumah? Atau pun dengan membuat teguran, si ayah melancarkan ‘perang dingin” terhadap anaknya? ( Merujuk kepada MUBARAK )

Berhubung dengan teguran Tun Mahathir,  Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjawab seperti berikut : -

“Kita terima ini adalah nasihat daripada bekas pemimpin kita yang amat kita hormati, dan oleh itu apa sahaja yang disebut oleh beliau itu kita berikan perhatian dan kita ucapkan terima kasih dia atas teguran-teguran yang telah pun beliau buat terhadap pentadbiran (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) dan juga isu-isu yang telah dibangkitkan. Saya sebagai timbalan presiden Umno mengambil perhatian tentang perkara ini.. jadi kita harap Tun akan terus bersama-sama dengan kita memberikan pandangan yang membina”.

Cuba pula kita melihat apa yang dikatakan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam.
“Tun Dr Mahathir Mohamad will not be satisfied until there is a clone of himself in the seat of power”. (laporan :malaysianinsider)

Jika di tanya kepada saya maka saya akan menjawab, “ Apa salahnya jika ada clone Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri?  Tun Mahathir telah dengan jayanya membangunkan Malaysia sehingga terkenal di seluruh dunia. Pergi sahaja kemana di dunia, bila sebut Malaysia, mereka akan mengaitkan/menyebut “Mahathir!”. Mereka tidak sebut, Abdullah Badawi? Mereka tidak sebut, Najib? Jauh sekali menyebut “Musa”?.

Saya menasihatkan mereka yang merasa kecewa dalam politik, jangan jadi batu api.

No comments:

Post a Comment